Syabas dan tahniah Ustaz dan Ustazah KAFAI Ar Raihan diatas kejayaan penganjuran ini.
AHLI LEMBAGA KAFA INTEGRASI AR RAIHAN BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG SELANGOR MEMERLUKAN SUMBANGAN "INFAQ" DARI MANA MANA PIHAK INDIVIDU/SYARIKAT. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN ATAS NAMA "LEMBAGA PENGELOLA KAFAI AR RAIHAN, NOMBOR AKAUN MAYBANK:562375403479 ATAU HUBUNGI: En. Jusni: 011-14427414 Ustazah Norlia (Guru Besar KAFAI) 013-340 9536/ 012-3950456
19 May 2016
PROGRAM SMART SOLAT
Kafa Integrasi Ar Raihan dengan kerjasama Fakuliti Pengajian Al Quran Dan As Sunnah (Tahun 2) telah mengadakan program Khemad Ibadah " Smart Solat" . Seramai 71 orang peserta terdiri pelajar pelajar KAFAI Ar Raihan dan 30 orang fasilitator terlibat dalam menjayakan program selama 2 hari 13 -14 Mei 2016.
Syabas dan tahniah Ustaz dan Ustazah KAFAI Ar Raihan diatas kejayaan penganjuran ini.
Syabas dan tahniah Ustaz dan Ustazah KAFAI Ar Raihan diatas kejayaan penganjuran ini.
15 March 2016
KELAS KAFAI AR RAIHAN BERWAJAH BARU
Tanggal 12 - 13 Mac 2016 ( Sabtu -Ahad), Kelas KAFAI Ar Raihan kini berwajah baru.
Dengan suasana kelas berwajah baru akan menjadi pemangkin semangat buat anak anak untuk belajar dan menuntut ilmu.
Terima kasih diatas kerjasama tuan tuan dan tahniah diatas sumbangan wang, tenaga dan masa bagi menjayakan projek ini
Semoga segala jasa tuan tuan akan dirahmati oleh Allah SWT dan menjadi bekalan yang berkekalan hingga ke akhir hayat nanti.
23 February 2016
KAFA Integrasi Ar Raihan Sepang
Lagu rasmi KAFA Integrasi Ar Raihan yang baru telah dipersembahkan buat pertama kali sempena Mesyuarat Muafakat Ibu Bapa pada 20 Februari 2016.
Tahniah buat Ustaz dan Ustazah yang berjaya mencipta lagu ini.
MESYUARAT MUAFAKAT IBU BAPA DI BANGUNAN BARU
Tarikh 20 Februari 2016 bersamaan 11 Jamadiawal 1437H, satu majlis Mesyuarat Ibu Bapa Kafa Integrasi Ar Raihan telah diadakan di bangunan baru. Majlis yang dirasmikan oleh Al Fahil Ustaz Azman Mohd Lana Penolong Pegawai Tadbir Agama Islam Sepang dari Unit Pendidikan.
Mesyuarat itu juga menampilkan barisan Ahli Jawatankuasa baru.
Ucapan Perasmian oleh Al Fadhil Ustaz Azman Mohd Lana
Penolong Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Sepang
Unit Pendidikan
Ucapan dari Timbalan Pengerusi Muafakat Kafai Ar Raihan
Barisan Ahli Jawatankuasa Bari Muafakat Ibu Bapa Kafai Ar Raihan
Persembahan Pelajar dan Pertama kali Lagu Rasmi KAFAI Ar Raihan diperdengarkan
Barisan Pendidik KAFAI Ar Raihan
27 January 2016
KEPUTUSAN CEMERLANG UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA
Syukur Alhamdulillah
KAFA Integrasi Ar Raihan telah meneruskan momentum kejayaan dalam Peperiksaan UPKK bagi tahun 2015. Tahniah buat para pelajar dan tenaga pengajar dalam menciptakan kejayaan berterusan buat KAFA Integrasi Ar Raihan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat dan motivasi buat pelajar dalam menciptakan kejayaan PSRA 2016.

18 January 2016
ALHAMDULILLAH HASIL SUMBANGAN :INFAQ" DARI ORANG RAMAI
Kerisauan dan keresahan ibu bapa dari aspek keselamatan anak anak telah dilaksanakan. Hujung minggu yang lalu syarikat yang bertanggungjawab memasangkan grill telah melakukan tugas tugas pemasangan di Kafa Integrasi Ar Raihan.
Semoga sumbangan kita semua menjadi satu amal jariah yang diterima oleh Allah SWT
13 January 2016
KAFA INTEGRASI MENERIMA SUMBANGAN RAK KASUT
Kafa Integrasi telah menerima sumbangan rak kasut buat para pelajar dari individu.
Semoga individu yang menyumbangkan ini mendapat kerahmatan dan menjadi satu amal jariah berkekalan hingga ke akhir hayat....
Amin Ya Rabbal Alamin
Syukur Alhamdulillah.....
Semoga individu yang menyumbangkan ini mendapat kerahmatan dan menjadi satu amal jariah berkekalan hingga ke akhir hayat....
Amin Ya Rabbal Alamin
Syukur Alhamdulillah.....
KAFA INTEGRASI AR RAIHAN MENERIMA SUMBANGAN MEJA
Pada 9 Januari 2016, Kafa Integrasi Ar Raihan telah menerima sumbang meja sebanyak 200 buah.
Dengan penerimaan meja ini bagi mempermudahkan pelajar pelajar untuk bersemangat meneruskan pelajaran.
Syukur Alhamdulillah......
Dengan penerimaan meja ini bagi mempermudahkan pelajar pelajar untuk bersemangat meneruskan pelajaran.
Syukur Alhamdulillah......
MAJLIS BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT DAN DOA KESYUKURAN
Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengelola Kafa Integrasi Ar Raihan telah menganjurkan majlis bacaan yaasin, solat hajat dan doa kesyukuran dengan kerjasama Guru Guru KAFAI bersama ibu bapa bapa pada 8 Januari 2015 (Jumaat). Majlis yang dipimpin oleh Ustaz Zuraini dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yaasin, doa kesyukuran, solat isyak berjemaah dan solat hajat. Pada majlis itu turut diadakan sumbangan ikhlas dari semua pihak yang hadir.
Syukur Alhamdulillah......semoga majlis ini akan berterusan bagi merapatkan hubungan ukhwah antara pihak AJK LPS, guru guru dan ibu bapa pelajar.
Syukur Alhamdulillah......semoga majlis ini akan berterusan bagi merapatkan hubungan ukhwah antara pihak AJK LPS, guru guru dan ibu bapa pelajar.
POSTMORTEM AHLI LPS KAFA INTEGRASI AR RAIHAN SELEPAS HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
Ahli Lembaga Pengelola Kafa Integrasi Ar Raihan dan guru besar telah mengadakan post mortem pada hari pertama persekolahan.Pelbagai pendapat dan pandangan dari ibubapa yang perlu diambil perhatian oleh pihak Ahli Lembaga Pengelola Kafa Integrasi Ar Raihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)