Syukur Alhamdulillah
KAFA Integrasi Ar Raihan telah meneruskan momentum kejayaan dalam Peperiksaan UPKK bagi tahun 2015. Tahniah buat para pelajar dan tenaga pengajar dalam menciptakan kejayaan berterusan buat KAFA Integrasi Ar Raihan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat dan motivasi buat pelajar dalam menciptakan kejayaan PSRA 2016.
AHLI LEMBAGA KAFA INTEGRASI AR RAIHAN BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG SELANGOR MEMERLUKAN SUMBANGAN "INFAQ" DARI MANA MANA PIHAK INDIVIDU/SYARIKAT. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN ATAS NAMA "LEMBAGA PENGELOLA KAFAI AR RAIHAN, NOMBOR AKAUN MAYBANK:562375403479 ATAU HUBUNGI: En. Jusni: 011-14427414 Ustazah Norlia (Guru Besar KAFAI) 013-340 9536/ 012-3950456
27 January 2016
18 January 2016
ALHAMDULILLAH HASIL SUMBANGAN :INFAQ" DARI ORANG RAMAI
Kerisauan dan keresahan ibu bapa dari aspek keselamatan anak anak telah dilaksanakan. Hujung minggu yang lalu syarikat yang bertanggungjawab memasangkan grill telah melakukan tugas tugas pemasangan di Kafa Integrasi Ar Raihan.
Semoga sumbangan kita semua menjadi satu amal jariah yang diterima oleh Allah SWT
13 January 2016
KAFA INTEGRASI MENERIMA SUMBANGAN RAK KASUT
Kafa Integrasi telah menerima sumbangan rak kasut buat para pelajar dari individu.
Semoga individu yang menyumbangkan ini mendapat kerahmatan dan menjadi satu amal jariah berkekalan hingga ke akhir hayat....
Amin Ya Rabbal Alamin
Syukur Alhamdulillah.....
Semoga individu yang menyumbangkan ini mendapat kerahmatan dan menjadi satu amal jariah berkekalan hingga ke akhir hayat....
Amin Ya Rabbal Alamin
Syukur Alhamdulillah.....
KAFA INTEGRASI AR RAIHAN MENERIMA SUMBANGAN MEJA
Pada 9 Januari 2016, Kafa Integrasi Ar Raihan telah menerima sumbang meja sebanyak 200 buah.
Dengan penerimaan meja ini bagi mempermudahkan pelajar pelajar untuk bersemangat meneruskan pelajaran.
Syukur Alhamdulillah......
Dengan penerimaan meja ini bagi mempermudahkan pelajar pelajar untuk bersemangat meneruskan pelajaran.
Syukur Alhamdulillah......
MAJLIS BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT DAN DOA KESYUKURAN
Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengelola Kafa Integrasi Ar Raihan telah menganjurkan majlis bacaan yaasin, solat hajat dan doa kesyukuran dengan kerjasama Guru Guru KAFAI bersama ibu bapa bapa pada 8 Januari 2015 (Jumaat). Majlis yang dipimpin oleh Ustaz Zuraini dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yaasin, doa kesyukuran, solat isyak berjemaah dan solat hajat. Pada majlis itu turut diadakan sumbangan ikhlas dari semua pihak yang hadir.
Syukur Alhamdulillah......semoga majlis ini akan berterusan bagi merapatkan hubungan ukhwah antara pihak AJK LPS, guru guru dan ibu bapa pelajar.
Syukur Alhamdulillah......semoga majlis ini akan berterusan bagi merapatkan hubungan ukhwah antara pihak AJK LPS, guru guru dan ibu bapa pelajar.
POSTMORTEM AHLI LPS KAFA INTEGRASI AR RAIHAN SELEPAS HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
Ahli Lembaga Pengelola Kafa Integrasi Ar Raihan dan guru besar telah mengadakan post mortem pada hari pertama persekolahan.Pelbagai pendapat dan pandangan dari ibubapa yang perlu diambil perhatian oleh pihak Ahli Lembaga Pengelola Kafa Integrasi Ar Raihan.
KAFA INTEGRASI AR RAIHAN DI HARI PERTAMA
Setelah berusaha dan berdoa, dengan izin Allah akhirnya KAFA Integrasi Ar Raihan berjaya beroperasi di premis baru. Siapa sangka dalam tempoh 4 bulan Ahli Lembaga Pengelola KAFA Integrasi Ar Raihan berjaya mencari bangunan dan dana bagi permulaan operasi KAFAI Ar Raihan....
Sesi persekolahan yang bermula dengan 2 sesi pagi dan petang. Sesi pagi melibatkan pelajar tahap 1 dari darjah 1 hingga darjah 3 dan sesi petang melibatkan pelajar tahap 2 dari darjah 4 hingga darjah 6.
Syukur Alhamdulillah......
Sesi persekolahan yang bermula dengan 2 sesi pagi dan petang. Sesi pagi melibatkan pelajar tahap 1 dari darjah 1 hingga darjah 3 dan sesi petang melibatkan pelajar tahap 2 dari darjah 4 hingga darjah 6.
Syukur Alhamdulillah......
SUASANA SESI PAGI
Suasana Pejabat Kafai Ar Raihan pada hari pertama persekolahan
Syukur Alhamdulillah anak anak dapat memulakan persekolahan di KAFAI
Ibu Bapa yang Hadir
Kantin KAFAI Ar Raihan yang Akan digunakan oleh anak anak
---------------------------------------------------------------------------------------------------
SUASANA SESI PETANG
Sebahagia kelas yang masih menanti meja dan kerusi
11 January 2016
KAFA INTEGRASI AR RAIHAN BERPINDAH KE PREMIS BARU
Merujuk
kepada surat pemakluman daripada Pejabat Pendidikan daerah sepang PPDS.MEN
600-1/8( ) bertarikh September 2015 memaklumkan bahawa SK KLIA akan menjalankan
sesi pembelajaran dua sesi selaras dengan pertambahan enrolmen murid di sekolah
berkenaan.
Pada
19 september 2015 Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) telah diwujudkan bagi
membantu pihak Jemaah Pengurusan dan pihak pentadbiran sekolah mencari premis
yang sesuai untuk meneruskan KAFAI Ar-Raihan meneruskan peranannya mendidikan
anak-anak dalam pendidikan agama.
Satu kajian telah
dijalankan pada bulan Oktober 2015 bagi membanci bilangan anak yang bersetuju
untuk meneruskan pembelajaran anak-anak di KAFAI Ar-Raihan. Dapatan menunjukkan
bahawa 73% ibubapa bersetuju untuk meneruskan pebelajaran anak di KAFAI Ar-
Raihan pada sesi 2016.
Pihak pengurusan sekolah
telahpun mengenalpasti premis kedai berhampiran sekolah asal untuk dijadikan
KAFAI Ar-Raihan. Premis berkenaan adalah dua lot kedai tiga tingkat yang yang
akan diubahsuai dan digunakan oleh KAFAI Ar-Raihan secara menyewa.
PENCAPAIAN KAFA INTEGRASI AR RAIHAN
KAFA Integrasi ar raihan telah mencipta kejayaan diantaranya:-
a.
KAFAI Terbaik Daerah Sepang dalam peperiksaan PSRA – 2012, 2014 dan 2015
b.
Sekolah Cemerlang Dan Harapan 2014 – di Sambutan Hari Guru Negeri & Kualiti
JAIS
c.
Pengurusan KAFA Cemerlang 2014 – Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
d.
KAFAI Terbaik Daerah Sepang dalam peperiksaan UPKK – 2014
e. KAFAI Cemerlang Daerah
Sepang 2014, 2015 – di Sambutan Hari Guru PAID Sepang
SEJARAH KAFA INTEGRASI AR RAIHAN
KAFAI
Ar-Raihan telah beroperasi secara menumpang di SK KLIA, Taman Mawar, sejak
tahun 2008
Pada tahun 2015, seramai 578 orang murid belajar di KAFAI ini yang
dikendalikan oleh 20 orang guru.
Seramai 17 orang guru dilantik dan dibayar
gaji oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) manakala guru lantikan Jemaah
Pengurusan Sekolah adalah seramai tiga (3) orang.
Sejarah Ringkas Penubuhan
Sekolah
1. Cadangan penubuhan KAFA ini
telah dikemukakan oleh ibubapa pelajar dalam Mesyuarat Agong PIBG Kali ke II
(2007), Sekolah Kebangsaan KLIA. Cadangan ibubapa tersebut berdasarkan
faktor-faktor berikut, antaranya :
a. Seperti yang telah sedia
maklum bahawa tujuan penubuhan Sekolah Kebangsaan KLIA itu sendiri disebabkan
sekolah kebangsaan yang sedia ada iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Seroja telah
sesak dan tidak dapat menampung jumlah pelajar dari penempatan yang berdekatan.
Oleh itu, Kementerian Pelajaran telah mewujudkan Sekolah Kebangsaan KLIA untuk
mengatasi masalah tersebut di mana pelajar-pelajar yang berhampiran sekolah ini
khususnya dari Desa Vista dan Taman Mawar telah di tempatkan di sekolah yang
baru. Walau bagaimanapun, Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain untuk pelajar-pelajar
terbabit masih kekal di Sekolah Kebangsaan Taman Seroja. Perkara ini tidak
menyelesaikan masalah kesesakan di mana ianya tidak dapat menampung
pembelajaran yang selesa di sekolah.
b. Ekoran daripada itu, timbul
masalah pengangkutan khususnya dari pelajar Sekolah Kebangsaan KLIA kerana pada
sessi petangnya terpaksa bergegas ke Sekolah Kebangsaan Taman Seroja untuk
menghadiri kelas KAFA. Kos pengangkutan juga bertambah kerana jaraknya lebih
jauh berbanding Sekolah Kebangsaan KLIA.
c. Walaupun wujud satu Sekolah
Swasta KAFA di Desa Vista, tetapi memandangkan yurannya yang agak tinggi, tidak
semua ibubapa dapat menghantar anak mereka ke sekolah tersebut kerana kurang
berkemampuan. Kemudahan fizikal dengan bilangan murid yang ramai menimbulkan
suasana yang tidak selesa.
d. Masalah disiplin juga turut
timbul khususnya dari pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan KLIA yang menumpang
KAFA di Sekolah Kebangsaan Taman Seroja pada waktu sessi petang. Keadaan kelas
yang kotor dan kerusi meja yang kurang tersusun menimbulkan rasa kurang senang
untuk pembelajaran sessi pagi esoknya untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan
Taman Seroja. Oleh itu, untuk membentuk sifat yang lebih bertanggungjawab,
ibubapa mencadangkan supaya diwujudkan KAFAI di Sekolah Kebangsaan KLIA.
2. Cadangan dari ibubapa
tersebut telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Sekolah
Kebangsaan KLIA. PIBG telah sebulat suara menyokong cadangan tersebut berdasarkan
alasan-alasan di atas. Tambahan pula Penasihat PIBG iaitu Guru Besar Sekolah
Kebangsaan KLIA bersetuju dan menawarkan tempat untuk dilaksanakan KAFAI pada
sesi petang di sekolah tersebut. Oleh itu, segala kemudahan seperti bilik
pembelajaran dan lain-lain telah sedia ada untuk digunakan.
3.
Pada Julai 2007, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan yang diberi nama
Jawatankuasa Penaja Kelas Pengajian KAFA SK KLIA. Jawatankuasa ini berperanan
untuk membuat sebarang tindakan sehingga sebuah Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain
dapat ditubuhkan di SK KLIA, Taman Mawar. Sementara menunggu kelulusan
diterima, Kelas Pengajian Islam seliaan PIBG SK KLIA mula beroperasi pada
Januari 2008 untuk murid tahun 1 hingga 3 di SK KLIA pada sebelah petang.
Akhirnya pada Mei 2010, Jabatan Agama Islam Selangor telah meluluskan penubuhan
KAFAI Ar-Raihan dan kelas KAFAI ini telah mula dijalankan secara rasminya pada
01 Jun 2010 di sebelah petang di SK KLIA, Taman Mawar. Ketika itu, jumlah
muridnya hanyalah seramai 98 orang yang belajar di Tahun 1 hingga 5 di 4 buah
kelas manakala gurunya hanyalah seramai 5 orang termasuk seorang ketua guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)