Merujuk
kepada surat pemakluman daripada Pejabat Pendidikan daerah sepang PPDS.MEN
600-1/8( ) bertarikh September 2015 memaklumkan bahawa SK KLIA akan menjalankan
sesi pembelajaran dua sesi selaras dengan pertambahan enrolmen murid di sekolah
berkenaan.
Pada
19 september 2015 Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) telah diwujudkan bagi
membantu pihak Jemaah Pengurusan dan pihak pentadbiran sekolah mencari premis
yang sesuai untuk meneruskan KAFAI Ar-Raihan meneruskan peranannya mendidikan
anak-anak dalam pendidikan agama.
Satu kajian telah
dijalankan pada bulan Oktober 2015 bagi membanci bilangan anak yang bersetuju
untuk meneruskan pembelajaran anak-anak di KAFAI Ar-Raihan. Dapatan menunjukkan
bahawa 73% ibubapa bersetuju untuk meneruskan pebelajaran anak di KAFAI Ar-
Raihan pada sesi 2016.
Pihak pengurusan sekolah
telahpun mengenalpasti premis kedai berhampiran sekolah asal untuk dijadikan
KAFAI Ar-Raihan. Premis berkenaan adalah dua lot kedai tiga tingkat yang yang
akan diubahsuai dan digunakan oleh KAFAI Ar-Raihan secara menyewa.
No comments:
Post a Comment