KAFAI
Ar-Raihan telah beroperasi secara menumpang di SK KLIA, Taman Mawar, sejak
tahun 2008
Pada tahun 2015, seramai 578 orang murid belajar di KAFAI ini yang
dikendalikan oleh 20 orang guru.
Seramai 17 orang guru dilantik dan dibayar
gaji oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) manakala guru lantikan Jemaah
Pengurusan Sekolah adalah seramai tiga (3) orang.
Sejarah Ringkas Penubuhan
Sekolah
1. Cadangan penubuhan KAFA ini
telah dikemukakan oleh ibubapa pelajar dalam Mesyuarat Agong PIBG Kali ke II
(2007), Sekolah Kebangsaan KLIA. Cadangan ibubapa tersebut berdasarkan
faktor-faktor berikut, antaranya :
a. Seperti yang telah sedia
maklum bahawa tujuan penubuhan Sekolah Kebangsaan KLIA itu sendiri disebabkan
sekolah kebangsaan yang sedia ada iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Seroja telah
sesak dan tidak dapat menampung jumlah pelajar dari penempatan yang berdekatan.
Oleh itu, Kementerian Pelajaran telah mewujudkan Sekolah Kebangsaan KLIA untuk
mengatasi masalah tersebut di mana pelajar-pelajar yang berhampiran sekolah ini
khususnya dari Desa Vista dan Taman Mawar telah di tempatkan di sekolah yang
baru. Walau bagaimanapun, Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain untuk pelajar-pelajar
terbabit masih kekal di Sekolah Kebangsaan Taman Seroja. Perkara ini tidak
menyelesaikan masalah kesesakan di mana ianya tidak dapat menampung
pembelajaran yang selesa di sekolah.
b. Ekoran daripada itu, timbul
masalah pengangkutan khususnya dari pelajar Sekolah Kebangsaan KLIA kerana pada
sessi petangnya terpaksa bergegas ke Sekolah Kebangsaan Taman Seroja untuk
menghadiri kelas KAFA. Kos pengangkutan juga bertambah kerana jaraknya lebih
jauh berbanding Sekolah Kebangsaan KLIA.
c. Walaupun wujud satu Sekolah
Swasta KAFA di Desa Vista, tetapi memandangkan yurannya yang agak tinggi, tidak
semua ibubapa dapat menghantar anak mereka ke sekolah tersebut kerana kurang
berkemampuan. Kemudahan fizikal dengan bilangan murid yang ramai menimbulkan
suasana yang tidak selesa.
d. Masalah disiplin juga turut
timbul khususnya dari pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan KLIA yang menumpang
KAFA di Sekolah Kebangsaan Taman Seroja pada waktu sessi petang. Keadaan kelas
yang kotor dan kerusi meja yang kurang tersusun menimbulkan rasa kurang senang
untuk pembelajaran sessi pagi esoknya untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan
Taman Seroja. Oleh itu, untuk membentuk sifat yang lebih bertanggungjawab,
ibubapa mencadangkan supaya diwujudkan KAFAI di Sekolah Kebangsaan KLIA.
2. Cadangan dari ibubapa
tersebut telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Sekolah
Kebangsaan KLIA. PIBG telah sebulat suara menyokong cadangan tersebut berdasarkan
alasan-alasan di atas. Tambahan pula Penasihat PIBG iaitu Guru Besar Sekolah
Kebangsaan KLIA bersetuju dan menawarkan tempat untuk dilaksanakan KAFAI pada
sesi petang di sekolah tersebut. Oleh itu, segala kemudahan seperti bilik
pembelajaran dan lain-lain telah sedia ada untuk digunakan.
3.
Pada Julai 2007, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan yang diberi nama
Jawatankuasa Penaja Kelas Pengajian KAFA SK KLIA. Jawatankuasa ini berperanan
untuk membuat sebarang tindakan sehingga sebuah Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain
dapat ditubuhkan di SK KLIA, Taman Mawar. Sementara menunggu kelulusan
diterima, Kelas Pengajian Islam seliaan PIBG SK KLIA mula beroperasi pada
Januari 2008 untuk murid tahun 1 hingga 3 di SK KLIA pada sebelah petang.
Akhirnya pada Mei 2010, Jabatan Agama Islam Selangor telah meluluskan penubuhan
KAFAI Ar-Raihan dan kelas KAFAI ini telah mula dijalankan secara rasminya pada
01 Jun 2010 di sebelah petang di SK KLIA, Taman Mawar. Ketika itu, jumlah
muridnya hanyalah seramai 98 orang yang belajar di Tahun 1 hingga 5 di 4 buah
kelas manakala gurunya hanyalah seramai 5 orang termasuk seorang ketua guru.
No comments:
Post a Comment